10 Julai 2011

FACEBOOK SEKOLAH AGAMA PARIT KASSAN, LEDANG

HARI INI, 10 JULAI 2011 BERSAMAAN 8 SYAABAN 1432H SEKOLAH AGAMA PARIT KASSAN TELAH MEMPUNYAI LAMAN FACEBOOK YANG BERTUJUAN UNTUK MEMUATKAN AKTIVITI SERTA GAMBAR YANG BERLAKU ANJURAN SAPK DAN BADAN KEBAJIKAN SAPK. DIHARAP LAMAN FACEBOOK ITU DAPAT DIGUNAKAN DAN DIMANFAATKAN SEPENUHNYA DEMI KEBAIKAN DAN KECEMERLANGAN WARGA SAPK.

ANDA BOLEH SUKA @ LIKE LAMAN FACEBOOK TERSEBUT DI ALAMAT: http://www.facebook.com/pages/Sekolah-Agama-Parit-Kassan/200373416681584 

01 Februari 2011

USTAZ FABLI BERTUGAS SEBAGAI PENYELIA TAJ PENDIDIKAN AGAMA DAERAH LEDANG

MULAI 1 Februari 2011, Guru Darjah Khas  SAPK, Ustaz  Mohd Fabli Haji Sitam yang juga Guru Besar SA Telok Rimba  telah dilantik sebagai Penyelia Tadika Agama Johor (TAJ)di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Ledang.

Warga SAPK mengucapkan selamat bertugas sebagai Penyelia dan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama  sepanjang beliau bertugas di sini.

14 Januari 2011

PERSEKOLAHAN DARJAH KHAS 2011

PENDAFTARAN Darjah Khas 2011 akan bermula pada hari Sabtu, 15 Januari 2011 mulai jam 8.00 pagi di Sekolah Agama Parit Kassan.

Berikut keperluan semasa pendaftaran:

1. Pendaftaran mestilah menggunakan borang permohonan Bah.Pen.JAJ/DK dan LPAJ/SDKA/01.

2. Ketetapan bayaran yuran Darjah Khas seperti berikut:
  • Yuran pendaftaran RM10.00
  • Yuran ko-kurikulum RM10.00
  • Yuran peperiksaan RM30.00
  • Yuran Badan Kebajikan RM10.00 (untuk satu keluarga)
  • Motivasi RM10.00
3. Waktu Pengajaran dan Pembelajaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

4. Kitab yang digunapakai adalah kitab tahun 2009/2010 (Darjah Khas)

5. Pakaian murid Lelaki:
  • Kemeja putih lengan panjang
  • seluar coklat
  • berstokin
  • bersepatu hitam
  • bersongkok
6. Pakaian murid Perempuan:
  • baju kurung putih
  • bertudung putih labuh
  • berstokin
  • bersepatu hitam
  • kain coklat
7. Pastikan juga murid sentiasa membawa kitab semasa pengajaran dan pembelajaran.

8. Sila sertakan 3 salinan kad pengenalan untuk pendaftaran peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA).


ROFIFAH BINTI AHMAD
Guru Penolong Kanan (Akademik) SAPK

SAPK LULUS 100% SDEA 2010





HARI ini, 14 Januari 2011, keputusan peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) telah dikeluarkan. Seramai 23 calon SDEA SA Parit Kassan telah lulus 100% dan layak ke Darjah Khas. Keputusan keseluruhan GPS Sekolah ialah 3.06 manakala GPS calon terbaik ialah 1.89. Murid yang lulus akan membuat pendaftaran Darjah Khas pada 15 Januari 2011 mulai jam 8 pagi. Tahniah kepada semua calon SDEA yang lulus.

08 Januari 2011

GOTONG-ROYONG BERSIHKAN PERSEKITARAN SEKOLAH


Pada 8 Januari 2011, Jawatankuasa Badan Kebajikan SAPK mengadakan program gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah termasuk bangunan kantin dan bangunan tambahan.

01 Januari 2011

GURU BESAR SAPK NAIK PANGKAT

USTAZ AZHARI HOSNAN

Berkuatkuasa 3 Januari 2011, Guru Besar SAPK, Ustaz Azhari Hosnan telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Unit Peperiksaan di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Ledang. Pejabat PPAD Ledang terletak di bangunan bersebelahan Sekolah Agama Bukit Gambir. Warga SAPK dan Jawatankuasa Badan Kebajikan SAPK mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan segala sumbangan khidmat bakti semasa menerajui SAPK akan dikenang sepanjang hayat.

31 Disember 2010

BANGUNAN TAMBAHAN SAPK SIAP DIBINA



Penyerahan kunci oleh kontraktor yang membina bangunan tambahan Sekolah Agama Parit Kassan menandakan bangunan telah siap dibina diadakan pada 15 Disember 2010. Guru Besar, Ustaz Azahari Hosnan menandatangani surat penyerahan disaksikan Pengerusi Badan Kebajikan SAPK, Rozaini Abd Hamid dan Timbalannya, Tuan Haji Mohd Janis Abu Bakar.

11 Oktober 2010

BARISAN AJK BADAN KEBAJIKAN SAPK

Barisan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama Parit Kassan yang giat menjalankan aktiviti bersama pihak sekolah.

10 Oktober 2010

GURU SEKOLAH AGAMA PARIT KASSAN

Barisan Guru Sekolah Agama Parit Kassan, (dari kiri) Sari'ah Abd Rahman (TAJ), Norazlah Kasiman, Sanisah Khalid, Azahari Hosnan (Guru Besar), Hajah Ropipah Ahmad dan Arumi Rostam.

07 Oktober 2010

SAMBUTAN AIDILFITRI BADAN KEBAJIKAN SAPK
















Badan Kebajikan Sekolah Agama Parit Kassan mengadakan majlis jamuan hari raya Aidilfitri 1431H pada hari terakhir Syawal iaitu Jumaat, 7 Oktober 2010.

Kali ini diadakan untuk AJK dan guru-guru sahaja memandangkan masing-masing mempunyai komitmen sendiri. Tahun lepas diadakan sambutan Aidilfitri dan Hari Keluarga BKSAPK dalam suasana meriah.

Pengerusinya, Rozaini Abd Hamid berharap pada tahun hadapan sambutan Aidilfitri dan Hari Keluarga dapat diadakan semula bagi mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan AJK, guru dan keluarga masing-masing.

Jamuan yang disediakan ialah nasi ayam, pecal dan kuih muih.