31 Disember 2010

BANGUNAN TAMBAHAN SAPK SIAP DIBINA



Penyerahan kunci oleh kontraktor yang membina bangunan tambahan Sekolah Agama Parit Kassan menandakan bangunan telah siap dibina diadakan pada 15 Disember 2010. Guru Besar, Ustaz Azahari Hosnan menandatangani surat penyerahan disaksikan Pengerusi Badan Kebajikan SAPK, Rozaini Abd Hamid dan Timbalannya, Tuan Haji Mohd Janis Abu Bakar.

11 Oktober 2010

BARISAN AJK BADAN KEBAJIKAN SAPK

Barisan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama Parit Kassan yang giat menjalankan aktiviti bersama pihak sekolah.

10 Oktober 2010

GURU SEKOLAH AGAMA PARIT KASSAN

Barisan Guru Sekolah Agama Parit Kassan, (dari kiri) Sari'ah Abd Rahman (TAJ), Norazlah Kasiman, Sanisah Khalid, Azahari Hosnan (Guru Besar), Hajah Ropipah Ahmad dan Arumi Rostam.

07 Oktober 2010

SAMBUTAN AIDILFITRI BADAN KEBAJIKAN SAPK
















Badan Kebajikan Sekolah Agama Parit Kassan mengadakan majlis jamuan hari raya Aidilfitri 1431H pada hari terakhir Syawal iaitu Jumaat, 7 Oktober 2010.

Kali ini diadakan untuk AJK dan guru-guru sahaja memandangkan masing-masing mempunyai komitmen sendiri. Tahun lepas diadakan sambutan Aidilfitri dan Hari Keluarga BKSAPK dalam suasana meriah.

Pengerusinya, Rozaini Abd Hamid berharap pada tahun hadapan sambutan Aidilfitri dan Hari Keluarga dapat diadakan semula bagi mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan AJK, guru dan keluarga masing-masing.

Jamuan yang disediakan ialah nasi ayam, pecal dan kuih muih.

05 Oktober 2010

SAPK DAPAT BANGUNAN TAMBAHAN











Projek membina bangunan tambahan Sekolah Agama Parit Kassan telah dimulakan pada 4 Oktober 2010. Kontraktor yang dilantik Empat Em Enterprise bersama Juruteknik Pejabat Daerah Ledang, En Mohd Sari Yati mengadakan lawatan tapak.

Hadir sama pada lawatan itu Pengerusi Badan Kebajikan SAPK, En Rozaini Abd Hamid, AJK BKSAPK, En Hai Rozzaman Jalal dan Guru Besar SAPK, Ustaz azahari Hosnan.

Bangunan tambahan itu mendapat peruntukan YAB Menteri Besar Johor bakal mempunyai dua bilik darjah dan sebuah bilik guru dan dilengkapi kemudahan tandas.

Kerja-kerja pembersihan tapak sudah dimulakan oleh kontraktor pada 5 Oktober dan pembinaan akan dijalankan dalam masa terdekat.

25 September 2010

MARHABAN SEMPENA AIDILFITRI
















HARI INI, 25 SEPTEMBER 2010, SEKOLAH AGAMA PARIT KASSAN BERSAMA BADAN KEBAJIKAN SAPK MENGADAKAN PROGRAM MARHABAN KE RUMAH-RUMAH MURID DI SEKITAR KAMPUNG PARIT KASSAN, PARIT HAJI IDRIS, PARIT JARUM DARAT DAN PARIT GHANI.

KUNJUNGAN ITU BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA MURID DI SAMPING BERMAAF-MAAFAN.

PIHAK SEKOLAH DAN BADAN KEBAJIKAN SAPK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

10 Ogos 2010

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-53

Sempena Bulan Kemerdekaan kali ke-53, SA Parit Kassan turut menyemarakkannya dengan memasang bendera Jalur Gemilang di sekeliling kawasan sekolah.

06 Ogos 2010

PELAJAR SAPK DAPAT SUMBANGAN YAYASAN TAQWA MAIWP


Guru Besar SAPK, Ustaz Azahari Hosnan menerima buku akaun Tabung Haji daripada Noor Hasma.




Keratan akhbar Harian Metro, 12 Ogos 2010

PADA Khamis, 5 Ogos 2010, seramai 15 orang murid Sekolah Agama Parit Kassan menerima sumbangan kelengkapan persekolahan dan wang tunai yang didepositkan ke dalam akaun Tabung Haji sumbangan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diadakan di Dewan Serbaguna Felda Seri Ledang, Bukit Serampang.

Pada majlis itu, seramai 213 murid daripada 13 buah sekolah agama dalam daerah Ledang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengurus Kewangan Yayasan Taqwa, Puan Noor Hasma Haron.