06 Ogos 2010

PELAJAR SAPK DAPAT SUMBANGAN YAYASAN TAQWA MAIWP


Guru Besar SAPK, Ustaz Azahari Hosnan menerima buku akaun Tabung Haji daripada Noor Hasma.




Keratan akhbar Harian Metro, 12 Ogos 2010

PADA Khamis, 5 Ogos 2010, seramai 15 orang murid Sekolah Agama Parit Kassan menerima sumbangan kelengkapan persekolahan dan wang tunai yang didepositkan ke dalam akaun Tabung Haji sumbangan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diadakan di Dewan Serbaguna Felda Seri Ledang, Bukit Serampang.

Pada majlis itu, seramai 213 murid daripada 13 buah sekolah agama dalam daerah Ledang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengurus Kewangan Yayasan Taqwa, Puan Noor Hasma Haron.

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama28/8/10 1:28 PG

    semoga usaha begini diteruskan untuk masa depan anak2 kita...

    BalasPadam