05 Ogos 2010

PENDAFTARAN TAJ DAN DARJAH 1 TAHUN 2011


Pendaftaran Persekolahan untuk Tadika Agama Johor (TAJ) dan Darjah 1 Tahun 2011 dibuka sekarang hingga 30 September 2010. Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran dilakukan pada hari persekolahan di pejabat SAPK.

BERITA IHTIFAL DALAM SINAR HARIAN JOHOR

Kejayaan pasukan TAJ SA Parit Kassan mendapat liputan akhbar Sinar Harian pada 31 Julai, 2 Ogos dan 4 Ogos lalu.

02 Ogos 2010

TAJ SA PARIT KASSAN JOHAN IHTIFAL SUKAN DAERAH LEDANG 2010

Pasukan TAJ SA Parit Kassan dengan hadiah masing-masing
Pasukan TAJ SA Parit Kassan bergambar bersama Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah Ledang, Ustaz Sairozi Subahir (belakang, tengah); Pengerusi MAGA Ledang, Ustaz Zamberi Moon (kanan); Guru Besar SAPK, Ustaz Azahari Hosnan (kiri) dan Guru TAJ, Sari'ah Abd Rahman.
Tadika Agama Johor (TAJ) Sekolah Agama Parit Kassan telah muncul sebagai johan keseluruhan dalam Ihtifal Sukan Tahunan TAJ Daerah Ledang Kali Ke-10 pada 28 Julai lalu di Padang Bestari Kampung Sagil Parit 3, Tangkak.

BLOG SEKOLAH AGAMA PARIT KASSAN DILANCARKAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, pada hari ini, Selasa, 3 Ogos 2010 bersamaan 22 Syaaban 1431H, blog Sekolah Agama Parit Kassan (SAPK), Bukit Gambir, Ledang diwujudkan. Semoga dengan adanya blog ini, SAPK tidak ketinggalan dari segi kemajuan ICT yang semakin berkembang sebagai penyalur maklumat mengenai apa saja aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

InsyaAllah, blog ini akan dikemaskini dari masa ke masa mengikut kesesuaian dan maklumat terkini yang berlaku di persekitaran sekolah juga aktiviti semasa yang berlaku mengenai sekolah agama di Ledang ini.